Ke Mekah bukan keistimewaan peribadi, PM fahami kerinduan semua

Dari Penulis

TAN SRI Muhyiddin Yassin berkata, beliau amat memahami kerinduan umat Islam khususnya di Malaysia untuk kembali ke Tanah Suci – kerinduan yang tidak boleh gambarkan dengan kata-kata.

Menurut Perdana Menteri, beliau telah diizinkan Allah untuk kembali ke Mekah namun tidak sesekali menganggapnya sebagai keistimewaan peribadi.

Kata Muhyiddin, beliau percaya, ini adalah amanah oleh-Nya untuk beliau hadir dan berusaha sedaya upaya agar lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat kembali ke bumi Mekah.

“Sebab itu, semalam semasa menunaikan umrah dan berada di dalam Kaabah, saya bagi pihak rakyat khususnya umat Islam di Malaysia berdoa.

“Berdoa dengan sesungguhnya, semoga kita semua sentiasa berada dalam perlindungan-Nya, seluruh dunia bebas daripada wabak penyakit dan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia dapat segera kembali berpeluang ke tanah suci sebagai tetamu Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Ke Mekah
Selepas ke Mekah, Muhyiddin Yassin akan ke Madinah sebelum berlepas ke Riyadh sempena lawatan rasminya. Gambar PMO

Berkongsi pengalaman menunaikan umrah semalam, Muhyiddin berkata, beroleh keizinan Allah SWT untuk kembali ke Tanah Suci, menjejakkan kaki di Masjidilharam seterusnya menunaikan ibadat umrah merupakan satu nikmat yang amat disyukuri dengan penuh rendah hati.

“Yang lebih membuatkan saya sebak dan bersyukur, apabila dengan izin-Nya jua, Raja Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud telah memperkenan untuk saya memasuki Kaabah.

“Ini ialah aturan Allah SWT yang amat besar nilai dan maknanya, bukan sahaja untuk diri saya dan isteri, bahkan saya menganggapnya sebagai bukti ukhwah persaudaraan yang amat akrab serta penghormatan untuk umat Islam di Malaysia dari Kerajaan Diraja Arab Saudi,” jelasnya.

ke mekah
Muhyiddin Yassin mendoakan agar umat Islam dapat kembali menjejakkan kaki ke Tanah Suci/ Gambar PMO

Dalam pada itu, kata Perdana Menteri, Kerajaan Arab Saudi sememangnya memberi perhatian serius terhadap penjagaan kesihatan dalam kalangan umat Islam.

“Saya percaya tidak lama sahaja lagi, bumi anbia ini akan kembali diimarahkan dengan ibadat umrah dan ziarah. Insya-Allah.

“Saya bagi pihak Kerajaan Malaysia, berterima kasih kepada Yang Teramat Mulia Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Yang Amat Mulia Putera Mohammad bin Salman, yang mengundang saya ke Arab Saudi,” ujarnya.

Baca artikel berkaitan: Muhyiddin mulakan lawatan rasmi ke Arab Saudi

Tambah Muhyiddin, beliau dan isteri akan ke Madinah pula untuk melakukan ziarah ke makam Rasulullah SAW dan Masjid Nabawi, sebelum memulakan program yang telah diatur dalam rangka lawatan rasmi enam hari ke Asia Barat ini.

“Doakan perjalanan kami ini dipermudahkan dan dirahmati Allah SWT,” kata Muhyiddin mengakhiri hantaran tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Semua negeri kecuali Selangor, P Pinang terima peruntukan lebih tinggi berbanding hasil – PM

SEMUA negeri kecuali Selangor dan Pulau Pinang menerima peruntukan Persekutuan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya dan purata hasil...

More Articles Like This