Permohonan IPTA melalui UPU Online tidak dikenakan bayaran

Dari Penulis

INDIVIDU yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2021/2022 tidak akan dikenakan bayaran proses UPU Online.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata perkara itu diputuskan selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran bagi proses permohonan dalam talian itu.

“Untuk makluman, bayaran proses UPU Online sebelum ini dikenakan kepada pemohon untuk mendapatkan nombor unik ID Bank Simpanan Nasional sebagai syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.

KPT berharap keputusan ini dapat meringankan beban para pelajar dan melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BERITA BERKAITAN Syed Saddiq ke Singapura, sambung pengajian universiti

Justeru, KPT berkata melalui pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang: upu.mohe.gov.my.

Tempoh permohonan bermula dari 4 Jan hingga 31 Mac bagi semua kategori pemohon iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), matrikulasi, dan diploma atau setaraf.

Bagi tarikh pemilihan program pengajian pula adalah dari 21 hingga 31 Mac bagi lepasan SPM, manakala lepasan STPM, Asasi, STAM dari 16 hingga 31 Mac, lepasan matrikulasi (23 hingga 31 Mac), serta lepasan diploma atau setaraf (9 hingga 31 Mac).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This