Varian Covid-19 Brazil ibarat ‘bom atom’ – Saintis

Dari Penulis

SAINTIS memberi amaran bahawa varian Covid-19 Brazil, P1 yang kini dominan di negara itu mengakibatkan gelombang kedua yang lebih buruk berbanding gelombang pertama sehingga menjejaskan sistem penjagaan kesihatannya sekali gus mengancam usaha dunia menamatkan pandemik itu.


Varian itu dipercayai 1.4 hingga 2.2 kali ganda lebih mudah berjangkit berbanding varian terdahulu sehingga menjangkiti semula bekas pesakit Covid-19 di Brazil dan belum menunjukkan tanda ia akan menjadi perlahan.

Varian P1 bagaimanapun didakwa tidak dapat mengatasi vaksin Covid-19 yang dihasilkan ketika ini.


“Maklumat ini adalah satu bom atom,” kata pakar matematik biologi di Pusat Pemantau Covid-19 Brazil, Dr Roberto Kraenkel kepada Washington Post yang dipetik Daily Mail.


Kraenkel berkata, dia amat terkejut dengan tahap varian P1 yang ditemui dan mendakwa media tidak memahami apa ini semua.


“Kesemua varian itu mudah berjangkit dan ini bermakna satu fasa peningkatan wabak. Satu bencana,” katanya.


P1 pada masa sama dikenalpasti sebagai punca 15 kes Covid-19 di sembilan negeri Amerika Syarikat (AS).


Namun, kadar  penvaksinan yang meningkat dan kejatuhan kes harian Covid-19 membantu mencegah penularan wabak di AS.


Bagaimanapun perkara itu tidak berlaku di Brazil yang mana unit rawatan rapi (ICU) sudah berada di tahap kapasiti penuh ketika usaha pemberian vaksin bergelut untuk mencapai sasaran.


“Tidak ada negara yang akan selamat jika kesemua negara tidak berjaya mengawal wabak itu,” kata Naib Presiden Institut Vaksin Sabin di Washington, Denise Garret.


Kata Garrett, kerajaan boleh meneruskan program penvaksinan sebanyak mungkin di Amerika sehingga mencapai tahap imuniti  namun sejauh mana wabak sukar dikawal di negara lain, sempadan kekal dibuka.


“Negara seperti Brazil yang tidak mempunyai sekatan dan virus sudah merebak, ia menjadi tempat pembiakan kepada varian,” katanya.


Bandar Manaus yang dihuni dua juta penduduk dikejutkan dengan gelombang kedua jangkitan Januari lalu sehingga menyaksikan 100 orang mati setiap hari.


P1 ditemukan Disember lalu dan dipercayai menjadi punca peningkatan kes Covid-19 Brazil dan memburukkan keadaan, ia menjangkiti semula bekas pesakit.


Kajian makmal dan data dunia sebenar mengandaikan mutasi terhadap lokasi dikenali sebagai E484K membantu varian mengelak daripada antibodi yang dicetuskan jangkitan terdahulu dengan varian lama atau vaksin direka untuk melindungi pesakit.


Bagaimanapun menurut Garrett, vaksin semasa nampaknya berkesan terhadap Varian dari Brazil itu, bercanggah dengan amaran awal.


Imuniti semulajadi dari jangkitan terdahulu kurang daya tahan terhadap cabaran varian itu.


Dengan hanya 10 peratus daripada penduduk AS yang sudah divaksin, ratusan juta penduduknya termasuk 29 juta yang sudah dijangkiti Covid-19 masih terdedah kepada ancaman P1.


“Walaupun varian ini tidak dapat mengatasi vaksin namun tiada jaminan kerana virus ini berevolusi dengan cepat dan jika ia terus merebak di negara lain, tidak mustahil ia berada di negara ini.


“Apa yang berlaku di negara lain mempunyai kesan besar kepada negara lain,” tambahnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This