Sedapnya singgang sotong ni. Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong- cuci dan tuskan
1 sudu kecil garam
1 batang serai
3 ulas bawang merah โ hiris
2 ulas bawang putih โ hiris
1 tangkai cili merah
1 tangkai cili hijau
1 cm lengkuas
1 keping asam gelugur
800 ml air
CARA MENYEDIAKAN:
1.Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecuali sotong.
2.Apabila mendidih masukkan sotong dan cili. Tunggu sehingga sotong empuk.
3.Jangan rebus terlalu lama sotong kerana isi sotong akan kecut.
4.Akhir sekali masukkan cili merah dan cili hijau. Sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik
Jadikan UtusanTV โshortcutโ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik โAdd to Homescreenโ
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, TikTok, Instagram & Telegram

