Lawatan PM ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion

Dari Penulis

LAWATAN kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Katanya, kejayaan itu mencerminkan keyakinan pelabur asing terhadap dasar negara selepas beliau dan delegasi mengadakan beberapa siri pertemuan dengan 31 kapten industri terkemuka di UK.

Jelas beliau, potensi eksport yang dijana dalam tempoh lima tahun akan datang pula direkodkan sebanyak RM500 juta meliputi produk peralatan dan komponen pesawat.

“Saya ada beberapa pertemuan dengan ketua-ketua syarikat, dan dalam pertemuan itu dizahirkan usul mereka.

“Menarik juga selain daripada pelaburan, ada dalam kalangan mereka yang memilih untuk mengimport barangan sekitar masa singkat kira-kira RM500 juta,” katanya seperti dilapor Awani.

Baca artikel lain: TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama delegasi Malaysia sempena lawatan kerja beliau ke UK.

Perdana Menteri juga memaklumkan, Malaysia dan UK bersetuju untuk meningkatkan kerjasama di tahap perkongsian strategik meliputi pelbagai sektor.

Jelas beliau, ia meliputi bidang perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, kecerdasan buatan (AI) dan digital, perubahan iklim, pendidikan tinggi, pertahanan, serta keselamatan.

“Pertemuan dengan beberapa syarikat yang diatur oleh MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) dan MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri) nampaknya kesediaan menunjukkan peningkatan mendadak.

“Pertama mereka melihat ada kerjasama yang lebih erat antara dua kerajaan. Keduanya, kesungguhan kerajaan pentadbiran Keir Starmer untuk meningkat hubungan dengan Malaysia,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This