‘Disara’ tauke lori hingga RM3,000 sebulan, 44 individu termasuk 32 pegawai JPJ ditahan SPRM

Dari Penulis

SELEPAS Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan agensi itu menahan lapan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah pagi ini kerana kesalahan rasuah berkaitan melindungi pemandu lori, petang ini pengumuman lebih besar dilakukan.

Menurut laporan Bernama.com, SPRM telah menahan 44 individu, termasuk 32 pegawai JPJ, seorang anggota polis trafik dan seorang bekas anggota polis trafik, yang disyaki terlibat melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan, di beberapa negeri sejak semalam.

Sumber SPRM berkata kesemua mereka yang ditahan dalam Operasi Sukat secara besar-besaran di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Melaka itu disyaki melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan seperti membawa muatan lebih serta tidak memenuhi aspek teknikal kenderaan.

Menurutnya antara modus operandi sindiket ini adalah pegawai-pegawai berkenaan tidak akan mengambil tindakan terhadap pengusaha lori yang melakukan kesalahan jalan raya setelah menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi atau proksi secara bulanan.

“Mereka dipercayai menerima antara RM150 hingga RM3,000 sebulan dengan nilai keseluruhan melibatkan kira-kira RM1.6 juta,” kata sumber itu.

BERITA BERKAITAN Terima habuan lepaskan lori, 8 penguat kuasa JPJ Kedah ditahan SPRM

Difahamkan, pegawai JPJ berkenaan melibatkan pelbagai gred termasuk pegawai kanan manakala orang awam merupakan proksi.

Sumber itu berkata kegiatan berkenaan dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga 2020.

Sementara itu, Ketua Pesuruhajaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kesemua penahanan itu.

Beliau berkata operasi itu adalah hasil kerjasama antara SPRM dan JPJ dalam usaha meningkatkan integriti jabatan berkenaan.

“Ketika ini siasatan masih berjalan dan kami tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi tangkapan,” katanya dan menambah tumpuan siasatan adalah kepada kesalahan rasuah di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009 serta melibatkan isu salah laku.

“Kami cuba untuk melakukan siasatan secepat mungkin,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This