Bazar Ramadan, Aidilfitri dan solat tarawih dibenarkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BERITA gembira bagi umat Islam seluruh negara menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi apabila kerajaan bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara.

Pada masa sama, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut membenarkan pelaksanaan solat tarawih secara berjemaah sepanjang bulan Ramadan kelak.

Namun begitu, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dipatuhi oleh semua pihak bukan sahaja peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri tetapi juga setiap pengunjung yang hadir.

Menurut Ismail Sabri, antara syarat-syarat yang ditetapkan bagi pelaksanaan bazar Ramadan dan Aidilfitri adalah lokasi di kawasan terbuka, menyediakan laluan sehala bagi pintu masuk dan keluar, pendaftaran MySejahtera di pintu masuk serta kawalan jumlah pengunjung.

“Waktu operasi yang ditetapkan adalah dari pukul 3 petang hingga 8 malam bagi bazar Ramadan dan pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam bagi bazar Aidilfitri dengan SOP lain akan diumumkan kemudian kerana tempoh pelaksanaannya lambat lagi.

“Walau bagaimanapun, penetapan dari sudut lokasi, jumlah gerai serta saiz tapak akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri masing-masing.

“Sebagai contoh, hari ini kita mendengar cadangan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengadakan bazar Ramadan. Mereka sudah ada SOP yang lengkap dan secara dasarnya kita bersetuju, cuma DBKL akan umumkan nanti,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baca artikel berkaitan: PKPD di Pulau Tioman, PKP di Nabawan dilanjutkan

Mengenai pelaksanaan solat tarawih di bulan Ramadan, Ismail Sabri berkata, secara dasarnya peringkat jawatankuasa PKP bersetuju untuk membenarkan pelaksanaan solat tarawih dan aktiviti di surau serta masjid sewaktu bulan Ramadan.

Meskipun begitu, beliau menjelaskan, perkara tersebut tertakluk kepada SOP dan keputusan daripada negeri masing-masing.

“Seperti kita tahu, solat atau apa sahaja aktiviti agama adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Bukan sahaja solat tarawih, mungkin aktiviti tadarus, ceramah agama atau tazkirah di masjid dan surau semuanya akan ditentukan oleh kerajaan negeri. Kita tiada halangan,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This