Sedihnya… lagi kes kanak-kanak maut ditinggalkan 4 jam dalam kereta

Dari Penulis

APABILA terbaca kes kanak-kanak meninggal dunia disebabkan ditinggalkan di dalam kereta terlalu lama, semestinya kejadian itu sangat menyedihkan kerana kealpaan manusia yang sekejap telah meragut satu nyawa tidak bersalah.

Ada yang menasihatnya agar sebagai pemandu kereta, kita perlu amalkan tabiat membuka sedikit cermin kereta untuk memberi pengudaraan kepada kereka yang tidak bergerak dan juga mungkin boleh menjadi penyelamat kepada manusia atau haiwan yang terperangkap di dalamnya.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas lebih empat jam ditinggalkan di dalam kereta yang berkunci di sebuah tadika di Taman Ria, Sungai Petani.

Mangsa berusia 3 tahun 11 bulan itu dipercayai terperangkap di dalam kenderaan yang dipandu pengetua tadika berkenaan yang telah mengambilnya dari rumah ibu bapa kanak-kanak itu.

BERITA BERKAITAN Habis sekeluarga.., 4 beranak termasuk 2 kanak-kanak maut kemalangan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, ketika kejadian, mangsa berada di dalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup serta tiada ruang pengudaraan.

Beliau berkata mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kereta itu dari jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

“Kejadian itu hanya disedari pada jam 12.15 tengah hari ketika pengetua mahu menghantar semula mangsa ke rumah, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

“Guru kelas memberitahu pengetua yang mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke kereta miliknya yang diletakkan di tepi jalan dan mendapati mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri,” kata Adzli.

Kata Adzli lagi, pengetua terbabit terus menghubungi ambulans dan turut melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa, namun mangsa tidak sedarkan diri.

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan doktor mendapati mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan di luaran.

Menurut Adzli, mangsa sudah hampir setahun dihantar ke tadika berkenaan untuk dijaga pengasuh di situ.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP), pengetua tadika iaitu wanita berusia 49 tahun itu akan mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya ke tadika pada hari Ahad hingga Khamis.

“Namun, selepas PKP, pengetua hanya mengambil dan menghantarnya pada hari Selasa dan Rabu, manakala hari lain mangsa dihantar sendiri oleh ibunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, siasatan awal mendapati pengetua tadika itu mengambil mangsa di rumahnya di Taman Ria pada jam 7.45 pagi semalam dan ketika itu mangsa dalam keadaan sihat dan berada di tempat duduk belakang bahagian kiri.

“Sebelum itu, pengetua terbabit juga turut mengambil seorang pelajar lain yang berusia lima tahun dan diletakkan di tempat penumpang hadapan.

“Namun sebaik tiba di hadapan tadika, seorang guru kemudian mengambil pelajar yang berada di bahagian penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika (dan terlupa mengenai mangsa di belakang yang mungkin tertidur), manakala pengetua itu pula terus parkir keretanya di tepi luar tadika dan mematikan enjin keretanya,” katanya.

Anak kedua daripada dua beradik itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Beliau berkata, pihaknya menahan pengetua wanita itu untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This