Setahun PKP: Kami masih berjuang – Noor Hisham

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

WALAUPUN genap setahun Malaysia terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan jangkitan Covid-19, namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus memberi khidmat terbaik bagi negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, KKM masih meneruskan perjuangan bagi memastikan Covid-19 dapat dibendung, namun ia tetap bergantung kepada pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Pada masa sama, Noor Hisham turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas penghargaan semasa Perutusan Khas mengenai Covid-19 dan Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan Covid-19, setahun lalu.

“Sesungguhnya kami semua warga KKM daripada pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di segenap pelusuk negara menghargai ucapan Perdana Menteri dan akan terus berkhidmat untuk negara.

“Setahun telah berlalu dan kami masih berjuang memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara kita.

“Insya-Allah dengan kepatuhan semua kepada SOP, kita akan menang,” katanya menerusi catatan dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Baca artikel berkaitan: 1,063 kes baharu COVID-19, terendah tahun ini

Seperti negara lain yang diancam penularan Covid-19, Malaysia terpaksa melaksanakan PKP bermula 18 Mac 2020 dengan tumpuan utama kerajaan bagi mengawal impak penularan pandemik terhadap kesihatan serta keselamatan rakyat.

Walaupun pelaksanaan PKP telah membuatkan pertumbuhan sektor ekonomi tergendala dengan rakyat terpaksa hidup dalam keadaan norma baharu, namun ia telah terbukti berjaya membendung penularan kes baharu Covid-19.

Sementara itu, Noor Hisham turut berkongsi data kadar kebolehjangkitan (Rt) yang kekal rendah berada pada tahap 0.87 untuk hari keempat berturut berbanding 1.15 yang direkodkan pada 1 Februari lalu.

Berdasarkan data tersebut, hanya empat negeri masih mencatatkan Rt di atas 1.0 iaitu Pulau Pinang pada kadar 1.08, Kedah (1.0), Terengganu (1.16) dan Sarawak (1.01).

Semua negeri lain mencatat nilai Rt di bawah satu iaitu Wilayah Persekutuan Labuan dengan 0.96, Pahang (0.93), Kelantan (0.91), Selangor (0.90), Sabah (0.83), Melaka (0.81), Kuala Lumpur dan Johor (0.79), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Putrajaya merekodkan nilai Rt sifar kerana tiada kes baharu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This