Ucapan ‘keluar Islam’: Dilaknat Allah, tidak boleh dipermainkan – JAIS

Dari Penulis

SEMUA pihak perlu memandang serius isu pengucapan murtad oleh mana-mana individu atau kumpulan dengan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya kepada pihak yang terlibat agar agama Islam terus dipandang pada kedudukan yang tinggi dan tidak dipermainkan.

Jabatan Agama Islam Selangor (JASI) dalam khutbah Jumaatnya hari ini menyatakan isu murtad tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana ia merupakan isu seluruh umat Islam yang cintakan agama.

Menurut JAIS, implikasi penggucapan kalimah murtad bukan sahaja memberi kesan kepada individu penutur, malah memberi kesan besar kepada kepentingan umat Islam, agama dan negara.

JAIS menyatakan, senario ini secara tidak langsung boleh menggangu gugat keharmonian beragama dalam masyarakat awam, menurut teks Khutbah Jumaat hari ini bertajuk Berhati-hati dengan Pengucapan Murtad yang diterbitkan Unit Khutbah, Bahagian Pengurusan Masjid, JAIS.

“Kesannya, segelintir masyarakat mula keliru dan membuat andaian tafsiran pengucapan dengan pelbagai tanggapan,” kata JAIS melalui Facebook rasminya.

BERITA BERKAITAN JAIS akan ‘cari dan tangkap’ Sajat sebaik sahaja terima waran

Menurut JAIS, perkara ini dianggap sensitif oleh umat Islam apabila diperkatakan secara terbuka dengan andaian yang tertentu, lantaran ucapan murtad bukanlah kalimah yang boleh dijadikan mainan semata-mata diungkapkan dibibir dan mulut.

“Ia juga bukan ucapan kontroversi untuk meraih populariti dan simpati. Setiap ucapan yang mengundang keburukan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain akan dinilai sebagai suatu dosa.

“Pengucapan murtad memberi kesan besar kepada amalan kerana ia merosakkan iman apabila jelas dinyatakan tanpa paksaan dan mengandungi maksud kufur,” tegas JAIS.

Sementara itu, JAIS turut menjelaskan, bergurau, kecewa atau mengajuk dan melafazkan … “aku keluar Islam” merupakan ucapan-ucapan untuk memutuskan kepercayaan terhadap agama Islam yang benar dan tertinggi selain ia sangat ditegah dan dilaknat dalam Islam.

Mengulas lanjut, JAIS menegaskan pendekatan untuk mengekang penularan isu tersebut memerlukan kepada penghayatan dan pendidikan tarbiah Islamiah semenjak dari kecil.

“Oleh itu, ibu bapa disarankan agar melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu fardu ain yang mantap merangkumi pengajaran tentang usul aqidah, ibadat dan akhlak.

“Tunjukkanlah tauladan yang baik kepada anak-anak dengan mentaati perintah Allah SWT,” memetik teks tersebut yang mengulas berkenaan isu pengucapan murtad yang menjadi isu hangat diperkatakan oleh masyarakat Islam di media sosial.

Malah, larangan menyebut ucapan kufur dan murtad jelas dilarang di dalam Islam.

Firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 65 dan 66 yang bermaksud:
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”. Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNyaserta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?. Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.”

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This