Kes lindungi lori: Timbalan Pengarah JPJ Perlis direman

Dari Penulis

SELEPAS Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) mengumumkan 45 pegawai dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Selangor baru-baru ini, hari ini seorang pegawai kanan agensi itu ditahan reman bagi membantu siasatan.

Menurut sumber Harian Metro, Timbalan Pengarah JPJ Perlis itu direman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah dan melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Kamaliza Md Zain di Mahkamah Kangar hari ini selepas membenarkan permohonan SPRM Perlis.

Menurut sumber timbalan pengarah dengan gred KP44 berusia 41 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Perlis pada jam 4.40 petang, semalam.

Suspek adalah individu kelima didakwa terbabit menerima rasuah berjumlah RM88,000 daripada pengusaha lori melalui proksi atau orang tengah pada tahun 2018 dan 2019 di Perlis.

BERITA BERKAITAN ‘Disara’ tauke lori hingga RM3,000 sebulan, 44 individu termasuk 32 pegawai JPJ ditahan SPRM

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Semalam, sumber SPRM memaklumkan ada pegawai dan anggota JPJ yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan pemandu lori itu pernah ditahan di Pulau Pinang pada 2019.

Pada 2019, lebih 70 pegawai dan anggota JPJ Pulau Pinang ditahan selepas disyaki terbabit dengan kegiatan rasuah untuk melindungi pemandu lori yang melakukan kesalahan jalan raya, khususnya yang membawa lebih muatan sekitar negeri itu.

“Ada pegawai JPJ yang ditahan di Selangor juga pernah bertugas di utara sebelum bertukar ke negeri itu,” katanya.

Menurut sumber itu, siasatan setakat ini mendapati syarikat yang membayar wang rasuah kepada pegawai dan anggota JPJ terbabit adalah dari syarikat berlainan dalam operasi pada 2019.

Setakat ini, berdasarkan rekod transaksi dalam akaun daripada pemberi kepada semua pegawai JPJ termasuk proksi didapati mereka ini sudah menerima RM1.64 juta.

“Amaun yang diterima mereka itu berbeza dan siasatan kali ini mendapati di pegawai dan anggota JPJ di Kedah antara yang tertinggi menerima bayaran sehingga ada yang mencecah RM40,000,” kata sumber portal berita itu.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This