Penyanyi muda sedang meningkat naik, Megat Rahim atau nama sebenarnya Megat Abdul Rahim Abdul Razak, 19, akui dirinya sudah dua tahun berstatus single.
Bercakap soal cinta, penyanyi yang popular dengan lagu Sinar dan Sudahlah ini memberitahu bahawa sekarang ini bukan masa yang sesuai untuknya melibatkan diri dalam hubungan cinta.
“Sekarang ini saya ingin menumpukan perhatian pada kerjaya nyanyian saya. Apabila kerjaya dalam bidang nyanyian sudah kukuh, barulah saya akan fikir soal cinta,” kata Megat.
Selain itu, Megat turut berkongsi lima ciri yang perlu ada pada gadis idamannya serta lagu terbaharunya kepada URTV.
Haa…kalau nak tahu apa yang dikongsi oleh Megat, kena tonton video temuramah URTV bersama Megat ini.
Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

