Berani buat berani tanggung.
Tindakan seorang murid terjun ke dalam kolah wuduk surau sebuah sekolah “berbalas” dengan dia bersama dua lagi rakan didenda mencuci semula air yang kotor dengan dipantau seorang guru.
Ketiga-tiga murid itu dilihat bergilir-gilir menimba air dari kolah wuduk surau tersebut sehingga basah kuyup untuk membersihkan kembali air yang telah dicemari.
Dalam video yang dimuat naik salah seorang pelajar itu kedengaran lagu keinsafan mengiringi semasa mereka bertiga bergilir-gilir mengangkut air.
Rata-rata warga maya yang menonton video bahagian kedua memuji tindakan mereka yang mencuci kembali air kolah tersebut.
“Bagus, pandai buat, pandai tanggung haha,” ulas @arefifth di dalam ruangan komen video tersebut.
@keyolsinss last day be like ;
♬ original sound – .
Semalam, video gelagat mereka yang bergembira menyambut hari terakhir persekolahan dengan terjun ke dalam kolah tular selepas ia dimuat naik ke laman media sosial TikTok.
Video dengan kapsyen “last day be like” itu menunjukkan seorang murid dilihat memakai topeng snorkel dan berlari ke arah kolah wuduk surau sebelum terjun ke dalamnya.
Setakat petang hari ini, video yang berdurasi 23 saat tersebut telah mendapat 193,200 tanda suka dengan 3,519 komen dan 3,378 perkongsian.
Tindakan itu ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada warga maya dan rata-rata menyifatkan sifat kebudak-budakan itu sebagai menghiburkan.
Seorang warga maya @rzqsfwnmeow dalam ruangan komen berkata “Cikgu ke yang jerit kat belakang tu? Bagi je orang nak berenang tu cikgu hahaha”.
Tak kurang juga yang mempertikai tindakan kesemua murid tersebut yang menegur tindakan itu tidak wajar kerana air itu digunakan mengambil wuduk dan mereka telah mengotorkan air kolah tersebut.
“Mula-mula macam lawak, tapi bila tengok balik itu tempat ambil wuduk siap masuk dengan kasut lagi, dah kotor dah air bersih tu,” komen salah seorang pengguna, @kinz_1306.
Klik sini untuk video: https://vt.tiktok.com/ZSJ2Md2gt/
Dalam pada itu, di akhir video bahagian kedua yang dimuat naik hari ini, kesemua mereka bertindak memohon maaf kepada pihak sekolah di atas tindakan mereka yang telah mengotorkan air kolah yang sepatutnya digunakan untuk jemaah mengambil wuduk.
“Kami daripada kelas 5 Akaun ingin memohon maaf kepada pihak sekolah”.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

