Semalam bernikah, hari ini polis buka kertas siasatan majlis pernikahan Neelofa

Dari Penulis

JIKA ada bukti seperti gambar atau video yang muat naik ke media sosial menunjukkan anda tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam penganjuran sebarang majlis, maka menjadi tugas polis untuk menyiasatnya.

Begitulah yang terjadi terhadap majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan tersebut berkaitan isu pematuhan SOP.

Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UtusanTV semalam melaporkan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Dalam majlis pernikahan yang serba sederhana itu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor menerima mas kahwin sebentuk cincin.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya sendiri bukan dari keluarga berada” – Kontroversi mulut celupar di Cameron Highlands, Kak Ika tampil jernihkan keadaan, nafi hina golongan B40

SELEPAS teruk dihentam netizen di segenap platform media sosial, usahawan scone yang sedang hangat diperkatakan, Zamzam Zulaikha Abu Shah...

More Articles Like This