Bila UMNO akan keluar daripada kerajaan PN? Kita beri tempuh hingga Ogos ini – Tok Mat

Dari Penulis

UMNO akan menentukan tempoh masa yang sesuai untuk menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yakin jika keputusan untuk menarik sokongan itu dibuat, semua menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedia melepaskan jawatan masing-masing.

“Bila? Kalau dapat difahami tadi bahawa perwakilan sudah memberikan mandat kepada presiden, iaitu maknanya kita boleh menarik diri daripada kerajaan PN pada bila-bila masa jika mereka tidak ada indikasi untuk adakan pilihan raya dalam waktu terdekat.

“Ada kemungkinan mereka akan memanjangkan waktu pilihan raya sehingga akhir penggal, kalau ini jadi keputusannya saya yakin MKT (Majlis Kerja Tertinggi), menteri, pengerusi GLC dan seluruh Ahli Parlimen akan akur dengan keputsuan parti menarik diri daripada PN,” katanya menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), hari ini.

BERITA BERKAITAN Zahid dedah kerajaan PN gagal kotakan janji bubar Parlimen, adakan PRU awal tahun

Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, UMNO memberi tempoh hingga Ogos ini untuk kerajaan PN membubarkan Parlimen iaitu tarikh darurat ditamatkan dan jika tidak, seluruh Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan kepada PN.

Kata Mohamad dalam isu kerjasama dengan PN dan Bersatu, UMNO perlu dilihat serius dan mengotakan setiap apa yang mereka lafazkan, bukan hanya “bersilat pulut”.

“Paling penting […] ialah UMNO mesti menang pilihan raya umum (PRU) supaya berupaya tubuh kerajaan, menang selesa jangan harap belas ihsan orang.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 di PWTC, disini harõ ini. GAMBAR: Media UMNO

“Bina kekuatan sendiri, berdiri atas kaki sendiri… perkasakan parti kuatkan parti untuk hadapi PRU ke-15.

“Tarik diri bulan lapan (Ogos), jangan main silat pulut tak sudah. Kita gajah besar parti terbesar masuk hutan satu ranting pun tak patah, apo bondo?

“Kalau nak langgar bulan lapan (Ogos), langgar… Jangan main acah-acah,” katanya pada ucapan penagguhan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama tenaga, jamin bekalan minyak jangka panjang

MALAYSIA dan Rusia meneroka kerjasama strategik baharu dalam sektor tenaga, termasuk usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan minyak jangka...

More Articles Like This