PKPD Penjara Tapah dilanjutkan, lokaliti Pasir Puteh turut dikenakan PKPD

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 12 April 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih berlaku jangkitan yang melibatkan tahanan dengan 27 kes positif terakhir telah dilaporkan pada 25 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, Ismail Sabri memberitahu, peningkatan kes tersebut tidak melibatkan anggota serta ahli keluarga yang tinggal di kuarters kakitangan penjara tersebut.

Menurut Ismail Sabri, KKM telah melaksanakan 3,787 ujian saringan sehingga kini dan daripada jumlah itu, sebanyak 834 kes positif Covid-19 telah direkodkan secara kumulatif.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak bermula 30 Mac sehingga 12 April 2021.

“Namun begitu, PKPD di kuarters kakitangan Penjara Tapah ditamatkan pada 29 Mac 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Dua lokap tahanan PATI di Johor dilaksana PKPD

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga mengumumkan sebuah lokaliti di Pasir Puteh, Kelantan turut dikenakan PKPD bermula 29 Mac sehingga 11 April depan.

Katanya, ia melibatkan pelaksanaan PKPD di lokaliti Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kg. Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh.

Jelas beliau, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan sebanyak 25 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti berkenaan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This