Penuntut Malaysia di UK meninggal dunia selepas rebah di padang bola

Dari Penulis

PELAJAR Malaysia yang sedang mengikuti pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di United Kingdom, Muhammad Hafidz Abdullah, meninggal dunia di Unit Rawatan Kritikal, Northern General Hospital di Sheffield, United Kingdom, semalam.

Allahyarham, 36, yang kini berada di tahun kedua pengajian PhD di University of Sheffied dimasukan ke hospital itu untuk mendapatkan rawatam selepas rebah ketika bermain bola sepak pada Ahad lepas.

Memetik laporan New Straits Times, penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang merupakan kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia itu dilapor bermain bola di Pusat Sukan Goodwin di Sheffield.

Dia kemudian tiba-tiba pengsan dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, pasukan perubatan telah menasihati isterinya, Nazihahwati Mohiddin berhubung keadaan mangsa sebelum membuat keputusan untuk mematikan alat bantuan pernafasan semalam.

Bapa kepada dua anak yang masih kecil itu disahkan meninggal dunia jam 11.35 pagi.

Jenazah anak kelahiran Pontian, Johor itu akan dikebumikan di tanah air selepas semua proses pengurusan dan dokumentasi selesai.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mayat lelaki ditemukan terapung bawah jambatan di Kemaman

MAYAT seorang lelaki warga tempatan ditemukan terapung di bawah Jambatan Seberang Tayor, Kemaman, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan...

More Articles Like This