Syabas Datuk Ayob…Program KP Johor bersama Masyarakat berjaya kutip bayaran saman RM2.24 juta

Dari Penulis

PROGRAM Ketua Polis Johor Bersama Masyarakat selama tiga hari berakhir semalam dengan mencatatkan kejayaan apabila masyarakat dapat mengenali pasukan polis secara dekat, termasuk Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Lebih membanggakan, sejumlah RM2.24 juta bayaran saman berjaya dikutip sempena tawaran diskaun saman 50 peratus di sepanjang program yang pertama kali dianjurkan itu dengan melibatkan12 daerah polis di seluruh negeri itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, (JSPT) Superintendan M Kumarasan berkata, ia membabitkan 19,008 saman yang dibayar di 13 lokasi, dengan 1,650 individu seluruh negeri dalam program anjuran JSPT Johor itu.

“Penyelesaian saman paling banyak dibuat di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, IPD Batu Pahat dan IPD Seri Alam.

“Antara saman yang diselesaikan adalah kesalahan had laju, topi keledar, tali pinggang, halangan lalu lintas, tiada perlindungan insuran dan cukai jalan tamat tempoh.

“Pendekatan sebegini sebenarnya banyak memberi manfaat kepada semua, yang mana mereka boleh bertemu polis dengan lebih dekat untuk menyalurkan maklumat selain menyemak saman mereka,” katanya seperti yang dipetik di dalam laporan HMetro.com hari ini.

BERITA BERKAITAN Ayob Khan bersama JSPT jelajah 774 km temui masyarakat di 12 daerah Johor

Katanya, sepanjang program itu, JSPT membuka kaunter saman di setiap daerah persinggahan.

“Jumlah kutipan sebanyak RM2.24 juta untuk tiga hari memang tinggi. Kalau ikutkan sehari dalam RM700,000 nilai saman dijelaskan,” katanya.

Dalam program itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay bersama pasukan menjelajah ke beberapa lokasi termasuk di Pasir Gudang, Kota Tinggi, Muar, Tangkak, Segamat dan Pulau Tinggi di Mersing membabitkan kawasan seluas 278 kilometer.

Program bertujuan memberi peluang kepada orang ramai, terutama di kawasan pedalaman, menemui polis dan memberi maklum balas dengan lebih dekat.

Menurut Kumarasan, dalam program itu, polis secara tidak langsung ingin memberi kesedaran kepada masyarakat pentingnya menjaga keselamatan ketika penuloaran Covid-19.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This