Sebut sahaja tentang melancong, bercuti atau mengembara, perkara pertama yang terlintas di fikiran tentu sekali membawa barangan. Satu beg, dua beg atau lebih? Anda perlu tahu bahawa ada tip yang boleh diikuti supaya bila bercuti, hanya satu beg sahaja yang dibawa.
1. Senarai semak
Perkara asas yang perlu dibuat ialah senarai semak. Pentingnya checklist kerana ia adalah langkah bijak untuk tidak terlebih bawa atau tertinggal barangan penting nanti.

2. Suai padan
Ini tip untuk anda jimatkan penggunaan pakaian. Bawa pakaian yang mudah disuai padan dan boleh dipakai berulang kali.
3. Gulung pakaian
Sangat praktikal kerana dengan menggulung pakaian, ia sebenarnya menjimatkan banyak ruang. Selain memanfaatkan ruang, ia juga mengelak pakaian daripada kesan lipatan.

4. Shawl dan skaf
Jika bercuti di tempat yang sejuk, bawa hanya satu baju sejuk tebal dan gantikan dengan shawl dan skaf. Penggunaan shawl dan skaf boleh digantikan untuk mengurangkan rasa sejuk.

5. Item kecil dan ringan
Sangat penting untuk membawa item yang bersaiz mini. Sebagai contoh alat mekap dan kelengkapan dandanan diri dalam saiz travel pack.

6. Telefon pintar
Tidak sah percutian tanpa iten paling mustahak iaitu telefon pintar yang merangkumi penggunaan kamera, buku nota, peta dan mungkin juga komputer.

7. Kasut yang praktikal
Jangan bawa lebih daripada dua pasang kasut. Paling mudah bawalah sepasang sandal santai dan sepasang kasut serba guna.


