Sajian tradisi di restoran Rebung sempena Ramadan

0
1170

Sempena kehadiran bulan yang dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia, restoran Rebung tidak ketinggalan menawarkan promosi bufet Ramadan dengan tema masakan warisan kampung.

Berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula dari 13 April hingga 11 Mei 2021, restoran Rebung yang cukup sinonim dengan masakan tradisional Melayu menawarkan lebih 100 hidangan yang pasti akan mencuit deri rasa para pengunjung.

Antara hidangan utama yang disajikan adalah rendang pucuk ubi, tempoyak daun, nasi ulam, nasi hujan panas, daging salai lemak cili padi, asam pedas pari, patin tempoyak, masak lemak rebung, ayam percik dan macam-macam lagi masakan Melayu yang enak.

Selain itu, terdapat juga hidangan sampingan menerusi enam gerai yang menyajikan juadah seperti roti jala, murtabak, mee goreng mamak, char kuey tiow, mee rebus, bubur lambuk, onde-onde, ikan bakar, pisang goreng, jemput-jemput bawang, dan macam-macam lagi.

Bagi pencuci mulut pula, terdapat pelbagai kuih muih tradisional seperti seri muka, karipap,apam berlauk, sago gula Melaka, dodol cair, pulut kacau, aneka bubur dan macam-macam lagi.

Bufet Ramadan di restoran Rebung ditawarkan pada harga RM84.80 net untuk dewasa dan RM53 net untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun. Untuk maklumat lanjut dan tempahan hubungi 03-22763535 / 22762525.

Restoran Rebung,
5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman,
No.1 Jalan Tanglin,
Taman Botani Perdana, 50480 Kuala Lumpur.

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.