Majikan direman lagi, disiasat hina Islam dan cubaan bunuh

Dari Penulis

SUSPEK utama kes pukul dua pengawal peribadi oleh majikan kerana berpuasa, baru-baru ini direman lima hari bagi membantu siasatan untuk empat kesalahan termasuk menghina Islam.

Perintah reman terhadap suspek berumur 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Nur Atikah Zakaria di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Suspek iaitu majikan yang disyaki memukul dua pengawal peribadi itu direman lima hari hingga Khamis bagi membantu siasatan di bawah empat seksyen Kanun Keseksaan (KK).

Pertama, mengikut Seksyen 324 KK kerana mendatangkan kecederaan, Seksyen 506 KK (ugutan), Seksyen 298 KK (menghina Islam) dan Seksyen 307 KK kerana cubaan membunuh.

Terdahulu memetik laporan BERNAMA, suspek yang memakai kemeja-T baju berwarna biru tiba di pekarangan mahkamah sekitar 10 pagi dengan diiringi pihak polis.

Ahli perniagaan itu ditahan polis pada 8.20 malam di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis lepas susulan terbabit dalam kejadian memukul pengawal peribadinya sebelum ini.

Sebelum ini, kes itu disiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi sebelum dipindahkan ke IPD Klang Selatan.

Baca artikel berkaitan: “Saya tidak bermaksud menghina sesiapa..” – Majikan pukul pengawal mohon maaf kepada umat Islam

Mahkamah Majistret Klang pada Khamis, turut mengeluarkan perintah reman kepada empat individu termasuk seorang pengawal peribadi bagi membantu siasatan kes itu.

Tiga daripada suspek yang juga pekerja di sebuah syarikat milik majikan terbabit direman lima hari.

Selain itu, pengawal peribadi itu direman tujuh hari bermula Khamis (15 April).

Sementara itu di SHAH ALAM, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata suspek akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

“Saya difahamkan kita dalam proses untuk menyita harta (suspek) dan sebagainya. Setakat ini, tiada bukti suspek dan empat pekerja yang ditahan sebelum ini terlibat dalam kongsi gelap,” katanya pada sidang media hari ini. 

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This