1.13 juta dos vaksin COVID-19 sudah diberikan

Dari Penulis

SERAMAI 439,286 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Mereka terdiri daripada kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi tempoh sama, seramai 695,729 individu telah menerima dos pertama.

Katanya, ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara ini kini berjumlah 1,135,015.

Menerusi satu infografik yang dikongsikan di laman Twitter rasminya hari ini, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 98,469, diikuti Kuala Lumpur (78,087), Sarawak (68,608), Johor (65,159) dan Perak (57,200).

Lima negeri yang melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini pula ialah Selangor dengan 63,160 individu, Perak (48,802), Sabah (43,268), Kuala Lumpur (38,642) dan Pahang (33,833).

Baca artikel berkaitan: Kes terus tinggi: 2,331 jangkitan baharu, Selangor catat 751 kes

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan adalah seramai 8,946,750 atau 36.9 peratus dengan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,356,484 pendaftaran.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini, melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya, manakala fasa ketiga dijadual bermula Mei hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 14 juta orang.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This