119 ditahan tiada penjarakan fizikal, PKP di Endau dan Triang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMATUHAN terhadap prosedur operasi standard (SOP) dilihat agak berkurangan sejak beberapa hari kebelakangan ini terutamanya melibatkan penjarakan fizikal apatah lagi seramai 119 individu telah ditahan semalam ekoran tidak menjaga jarak.

Jumlah individu ditahan akibat kegagalan menjaga jarak fizikal itu juga tertinggi dalam tempoh tiga hari sebelum ini selepas merekodkan 49 individu kelmarin dan seramai hanya tiga individu Jumaat lalu.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan seramai 196 individu telah ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP.

Daripada jumlah itu, kata Ismail Sabri, seramai 191 telah dikenakan kompaun manakala lima lagi direman.

Beliau berkata, selain kesalahan tiada penjarakan fizikal, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan juga mendapati seramai 21 individu tidak memakai pelitup muka; 15 gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis; 13 ditahan kerana aktiviti pusat hiburan dan 28 lagi kerana lain-lain kesalahan.

“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 65,634 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai 3,289 pasukan pematuhan melibatkan 14,756 anggota telah membuat pemantauan di 4,473 pasar raya; restoran (5,294); kilang (2,059); bank (3,994); pejabat kerajaan (1,042) dan penjaja (4,504).

“Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,412); tempat ibadah (3,454), tempat riadah (1,593); terminal pengangkutan darat (1,710), terminal pengangkutan air (390) dan terminal pengangkutan udara (121),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah jadi lokasi PKPD terbaru di Kelantan

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan pelaksanaan PKP di mukim Endau dan Triang, Mersing, Johor selama dua minggu berkuat kuasa esok.

Menurut Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 437 ujian saringan sehingga kini dan daripada jumlah itu sebanyak 69 kes positif Covid-19 telah direkodkan dengan 25 kes masih lagi aktif manakala 29 lagi sampel ujian masih menunggu keputusan.

Katanya, KKM melaporkan situasi terkini di mukim Endau dan Triang berikutan penularan kes Kluster Kampung Air Batang di kedua-dua lokaliti tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di mukim Endau dan Triang, Mersing, Johor berkuat kausa 20 April sehingga 3 Mei 2021.

“Pelaksanaan PKP di kedua-dua lokaliti ini diperlukan kerana masih terdapat kes baharu dikesan walaupun telah melebihi dua tempoh inkubasi (28 hari) serta mengelak penularan kes ke lokasi lain,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ajinomoto kukuh komitmen gaya hidup sihat di NMM 2026

AJINOMOTO (Malaysia) Berhad memperkukuh komitmen dalam mempromosi pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan kesejahteraan masyarakat dengan sekali lagi tampil...

More Articles Like This