Ayam: Patuhi harga kawalan, pastikan tiada isu bekalan

Dari Penulis

SETIAP kali masuk Ramadan, ayam akan disebut-sebut mengalahkan kurma atau bubur lambuk.

Bukan sebab apa, sebab harganya akan melonjak ke paras tertinggi untuk sepanjang tahun.

Dan apa yang berlaku sehari dua ini juga rutin tahunan, itulah trend setiap kali umat Islam sambut puasa.

Peningkatan mendadak harga ayam bukan tak pernah berlaku cuma kali ini dikatakan antara tertinggi dalam sejarah.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, walau ada pertambahan permintaan, tetapi penawaran tetap mampu menampung.

Justeru kenaikan harga ayam bukan ada kaitan kekurangan penawaran.

Seperti kata seorang peniaga ayam di pasar, banyak mana mereka pesan pun bekalan akan sampai tetapi harganya sahaja naik sikit demi sedikit sampailah catat rekod.

Walaupun rekod, orang tetap beli sebab orang perlu makan.

Bagi peruncit, mereka mendakwa tidak meraih untung lebih kalau harga ayam semahal mana sekali pun.

Ini kerana margin keuntungan mereka bagi setiap kilo ayam adalah sama.

Justeru, siapa yang ‘buat duit’?

Sudah menjadi ‘rahsia umum’ ada pihak dalam rantaian bekalan ayam mahu mengaut untung seboleh mungkin sebelum harga ayam dikawal.

Lazimnya kawalan harga dibuat dua minggu sebelum perayaan.

Ketika itu harga ayam boleh pula turun sampai RM1 sehingga RM1.50 sekilo.

Baca artikel berkaitan: Lagi dua hari, harga ayam tak boleh lebih RM7.90 sekilo

Dedak import mahal antara punca harga ayam naik

Ini bermakna apabila dikawal harganya, ada pihak yang terpaksa mengecilkan margin untung.

Semasa belum dikawal inilah masanya nak ‘buat duit sedikit’.

Justeru, teori ekonomi harga bergantung permintaan dan penawaran tak boleh dipakai setiap masa kerana ada ketikanya, mahal macam mana pun permintaan tetap ada.

Jawapannya menerusi apa yang hendak dibuat kerajaan mulai esok iaitu Skim Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2021.

Kali ini dikuatkuasakan tiga minggu sebelum raya, biarlah jika itu sahaja jawapannya nak mengajar orang tamak.

Hari ini jika dirujuk kepada laporan harga peringkat runcit yang dikeluarkan FAMA, ayam standard dijual pada harga RM9-RM10 sekilo di kebanyakan pasar utama di seluruh negara.

Namun, esok tiada lagi harga tersebut, paling mahal adalah RM7.90 sekilo.

Cuma cabaran lain pula, aspek bekalan.

Kalau sebelum dikawal tiada istilah ayam habis, harapnya bila dikawal mulai esok, tidak lah baru 10.30 pagi peniaga ayam di pasar terpaksa mengemas gerai sebab segalanya habis dijual.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kewujudan Parti Wawasan Negara, apa nasib Bersatu dalam PN?

ARENA politik negara tidak pernah sunyi dengan pelbagai jenis drama tidak kira di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Pergolakan yang...

More Articles Like This