Harga beras putih import diselaras kepada RM2,600 per metrik tan mulai esok – Mohamad Sabu

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

HARGA beras putih import (BPI) di semua pintu gudang Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak diselaraskan kepada RM2,600 per metrik tan bermula esok.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ia merupakan pelarasan kali kedua dilakukan oleh kerajaan selepas tahun lalu iaitu daripada RM3,000 kepada RM2,800 per metrik tan.

“Pelarasan ini adalah hasil sesi libat urus bersama BERNAS dengan mengambil kira pelbagai faktor semasa termasuk perkembangan pasaran global serta keperluan menjamin kelangsungan rantaian bekalan makanan negara.

“Langkah ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI yang berteraskan prinsip keprihatinan dan kesejahteraan rakyat untuk memastikan makanan ruji negara kekal mampu miliki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Ahmad Zahid pengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, wakili PM

Mohamad pada masa turut memaklumkan bahawa program subsidi BPI oleh Kerajaan Persekutuan bagi Sabah dan Sarawak akan diteruskan seperti biasa.

Katanya, kejayaan itu hasil pendekatan strategik BERNAS mempelbagaikan sumber bekalan beras dari pelbagai negara seperti Vietnam, Thailand dan Myanmar, seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan terus memantau perkembangan pasaran dan memastikan dasar digariskan kekal berpaksikan kepentingan rakyat serta keterjaminan makanan negara,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This