biskut mocha oatmeal

Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya tahun ni, apa kata cuba resipi biskut mocha oatmeal ini. Cara membuat biskut ini mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Selamat mencuba!

BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
¼ sudu kecil garam
2 sudu besar nescafe
3 cawan besar serbuk badam
½ cawan oat

1 sudu kecil serbuk koko
6 sudu besar mentega
½ cawan gula perang
½ sudu kecil esen vanila
1 biji telur

CARA
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur, pukul rata.
2.Kemudian, masukkan esen vanila, tepung gandum, soda bikarbonat, oat, nescafe serbuk badam dan serbuk koko.
3.Uli sehingga doh menjadi lembut.
4.Bentukan mengikut kreativiti dan susun di atas dulang.
5.Bakar dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu 175°C.

Resipi : Aunty Tartlets

Jom join channel Telegram UtusanTV untuk ikuti berita terkini dan sensasi

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Youtube.