Yang terlepas ‘balik kampung’, polis akan singgah rumah banyak kereta

Dari Penulis

JIKA kerajaan tidak membenarkan orang ramai ‘balik kampung’ sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, maka keadaannya tidak akan banyak berbeza seperti tahun lalu.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya ini, sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.

Menurut beliau, tindakan itu juga sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik serta mengurangkan risiko jangkitan wabak pada musim perayaan.

Katanya, pematuhan SOP ada kalanya diingkari segelintir pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan.

“Kadang-kadang bukannya disebabkan surat rentas negeri dan sebagainya, mereka yang terlepas (pemeriksaan) oleh kerana hujan lebat, anggota kita tidak dapat bertugas waktu itu (hujan) kerana membahayakan mereka, jadi mereka berlindung di pondok-pondok (keselamatan).

“Ketika itu (hujan), mereka (orang ramai) ambil kesempatan untuk melepas pemeriksaan,” kata beliau kepada pemberita di Ipoh hari ini, memetik laporan AstroAwani.com.

BERITA BERKAITAN Gara-gara merentas negeri, ‘Instafamous’ dan suami terpaksa meringkuk di dalam penjara

Abd Rahim sebelum itu melancarkan buku 69 Komando Lahad Datu Mac 2013 sempena lawatan kerja beliau di kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, dekat sini.

Hadir sama Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid.

Berikutan itu, Abd Rahim berkata, PDRM akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Kalau kita tengok banyak sangat kereta dekat sesebuah rumah, maka anggota kita akan mengadakan pemeriksaan, ada surat kebenaran untuk balik atau sebagainya,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan lain, Abd Rahim meminta agar rakyat tidak keliru dengan arahan berkenaan pergerakan rentas negeri yang dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, baru-baru ini.

Katanya, walaupun pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja, namun ia terkecuali sekiranya berlaku sebarang kecemasan ataupun urusan kerja yang mendesak.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This