PKPD dua institusi pendidikan di Johor, Kelantan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN kes Covid-19 secara mendadak di dua institusi pendidikan masing-masing di Johor dan Kelantan membuatkan kedua-duanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, institusi pendidikan yang dikenakan PKPD itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru, Johor dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Pasir Mas, Kelantan.

Menurut Ismail Sabri, PKPD di kedua-dua lokaliti itu akan dilaksanakan berkuat kuasa 23 April sehingga 6 Mei 2021.

Beliau berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 228 ujian saringan di SMKA Johor Bahru dengan 13 kes positif Covid-19 telah dikenal pasti.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di SMKA Johor Bahru.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua yang terlibat dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tiga lagi jajahan di Kelantan dikenakan PKP satu minggu

Mengulas mengenai PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah pula, Ismail Sabri berkata, KKM hari ini melaporkan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di maahad tahfiz yang terletak di Banggol Chicha, Pasir Mas itu.

Sehingga kini, kata Ismail Sabri, KKM telah melaksanakan 46 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 28 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha, Pasir Mas Kelantan bermula esok hingga 6 Mei.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat tindakan pengawalan jangkitan dan seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti luar,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 200 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) semalam dengan 198 daripada jumlah keseluruhan dikenakan kompaun manakala dua lagi direman.

Katanya, kesalahan tertinggi yang direkodkan semalam adalah sebanyak 53 kes yang tidak memakai pelitup muka manakala 46 lagi akibat gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis.

Beliau memberitahu, 44 individu telah ditahan kerana tiada penjarakan fizikal, 28 lagi kerana aktiviti pusat hiburan manakala 29 kes atas lain-lain kesalahan.

“Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 67,275 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

“Seramai 3,152 pasukan pematuhan melibatkan 14,181 anggota telah membuat pemantauan di 7,100 pasar raya, restoran (5,386), kilang (1,656), bank (4,095), pejabat kerajaan (1,202) dan penjaja (4,859).

“Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,075), tempat ibadah (3,509), tempat riadah (1,552), terminal pengangkutan darat (1,342), terminal pengangkutan air(332) dan terminal pengangkutan udara (112).

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This