Fahmi Reza kena reman sehari, ada di IPD Dang Wangi

Dari Penulis

AKTIVIS politik kontroversi, Fahmi Reza ditahan reman untuk sehari.

Permohonan reman terhadap lelaki itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan dia kini ditahan di balai berkenaan.

Ini bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan satu hantaran berbaur penghinaan melibatkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman media sosial lelaki itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan perkara berkenaan dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Huzir memaklumkan Fahmi Reza atau nama sebenarnya Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan di sebuah lokasi di ibu negara oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman.

Baca artikel berkaitan: Hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza ditahan, disiasat di bawah Akta Hasutan

Penahanan dibuat susulan laporan polis yang diterima berkaitan satu hantaran dibuat lelaki itu menggunakan akaun Facebook Fahmi Reza membabitkan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Katanya, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel bersubsidi turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai

BERITA baik buat orang ramai apabila Kerajaan MADANI bersetuju menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat kepada RM2.10 seliter mulai...

More Articles Like This