SEBANYAK 2,717 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini yang juga hari ke-10 berturut-turut penularan wabak itu melebihi angka 2,000.
Seperti mana sejak beberapa hari lalu, tiga negeri yang mencatatkan kes COVID-19 tertinggi masih lagi Selangor, Sarawak dan Kelantan.
Malah, kes di ketiga-tiga negeri itu mencatatkan lebih separuh daripada penularan di seluruh negara hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 768 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Selangor manakala Sarawak (570 kes) dan Kelantan (518 kes).

Turut melaporkan kes baharu tiga angka ialah Kuala Lumpur (240); Pulai Pinang (134); Sabah (132) dan Johor (126).
“Hari ini menyaksikan Labuan tidak mencatatkan pertambahan kes baharu manakala Perlis (satu kes), Putrajaya (11 kes) dan Terengganu (22 kes),” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau.
Baca artikel berkaitan: Pemberian vaksin COVID-19 mencecah 1.26 juta dos
2,847 kes baharu, 6 negeri catat tiga angka

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 11 lagi kematian dilaporkan hari ini dengan 10 daripadanya melibatkwan warganegara.
Katanya, ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat COVID-19 berjumlah 1,426 kes.
“Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula berjumlah 2,292.
“Perkembangan ini menyaksikan kes aktif yang sedang dirawat di seluruh negara meningkat kepada 22,926 kes.
“Daripada jumlah itu, 272 di Unit Rawatan Rapi manakala 124 memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.
Tambah Noor Hisham, hari ini juga menyaksikan sebanyak 26 kes import dilaporkan.
Daripada, 2,691 kes tempatan pula, sebanyak 198 terdiri daripada bukan warganegara.
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.
Menurut Noor Hisham, ia melibatkan tujuh kluster tempat kerja, dua kluster komuniti dan satu (1) kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Negeri yang melaporkan pertambahan kluster baharu hari ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kuala Lumpur dan Sabah.
Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kampung Domis (63 kes), Kluster Jalan Selirik (59 kes) dan Kluster Abak Bon (28 kes).
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

