Pak Wan nasihat penguat kuasa, jangan terburu-buru kompaun

Dari Penulis

NILAI kompaun terlampau tinggi atau penguat kuasa terburu-buru bertindak?

Ini berhubung polemik kompaun pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sejak awal tahun ini kompaun maksimum langgar SOP di bawah Akta 242 dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM 10,000 untuk individu manakala syarikat pula berdepan RM50,000.

Maka itu, tular apabila tiga peniaga dikompaun maksiumum RM50,000 sehingga menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Bagi sebahagian netizen, ia bukan kerana penguat kuasa sangat tetapi yang mereka pertikai tindakan Kabinet menaikkan nilai maksium kompaun.

Nilai baru itu didakwa terlalu tinggi dan ia dibuat menerusi pindaan bawah Ordinan Darurat.

Namun, bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, beliau meminta penguat kuasa tidak terburu-buru keluarkan kompaun bawah Akta 342.

Katanya, pegawai penguat kuasa perlu memahami keadaan semasa dan tindakan mengenakan kompaun adalah untuk mendidik pelaku agar sama-sama bertanggungjawab memerangi pandemik COVID-19.

“Kami (kerajaan) tidak mahu bebankan rakyat. Malah tindakan mengenakan kompaun bukanlah bertujuan menjejaskan kehidupan sebaliknya mahu memastikan tahap pematuhan SOP tinggi, nyawa selamat dan pelaku dapat muhasabah diri.

“Akta ini telah tentukan jumlah kompaun tetapi ada budi bicara untuk rayuan dan kurangkan kompaun,” kata pemimpin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) itu.

Mohd Redzuah berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian seminar ‘Cabaran COVID-19 Menurut Perspektif Islam’ dan pelancaran buku Fakulti Pengajian Islam (FPI) 2020/202, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara maya hari ini.

Tambah beliau, tindakan segelintir rakyat yang masih berdegil tidak mematuhi SOP menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes baharu COVID-19 kebelakangan ini.

Terdahulu ketika ucapan, Redzuan berkata kerajaan sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan pakar dalam pelbagai bidang khususnya pengajian Islam bagi merungkai persoalan dalam isu berkaitan COVID-19.

“Nasihat serta cadangan daripada ahli akademik yang berasaskan kajian adalah diperlukan seiring dengan langkah penguatkuasaan yang diambil kerajaan,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This