COVID-19: 4,498 kes positif baharu, lonjakan hampir 1,000 kes

Dari Penulis

BAHARU sahaja Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran semalam yang angka kes jangkitan baru COVID-19 boleh mencecah sehingga 5,000 kes jika rakyat gagal mematuhi prosedur operari standard (SOP), angka jangkitan baru hari ini terus melonjak kepada 4,498 kes.

Menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) di media sosial, angka tersebut merupakan lonjakan hampir 1,000 kes berbanding semalam yang hanya mencatatkan 3,551 kes jangkutan.

Dua negeri mencatatkan jangkitan tertinggi setakat tengah hari ini ialah Selangor yang mencatatkan 1,424 kes, sementara Sarawak pula merekodkan 750 jangkitan.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 436 kes, diikuti oleh Johor (327 kes), Pulau Pinanag (313 kes), Kelantan (297 kes), Kedah (209 kes) dan Negeri Sembilan (188 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga tengah hari ini sebanyak 2,709 kes sembuh dicatatkan dengan 19 kematian dilaporkan berkaitan COVID-19.

Beliau berkata, di samping itu sebanyak 14 kluster baharu dikenal pasti hari ini yang menjadi tempat penularan kes, termasuk lapan kluster tempat kerja.

BERITA LANJUT MENYUSUL..

KES POSITIF BARU COVID-19 MALAYSIA MENGIKUT NEGERI – 7 MEI

Selangor – 1,424Kes
Sarawak – 750 kes
WP KL – 436 kes
Johor – 327 Kes
Pulau Pinang – 313 Kes
Kelantan – 297 Kes
Kedah – 209 Kes
Negeri Sembilan – 188 Kes
Sabah – 153 Kes
Perak – 148 Kes
Terengganu – 87 Kes
Pahang – 78 Kes
Melaka – 74 Kes
WP Putrajaya – 8 Kes
Perlis – 4 Kes
WP Labuan – 2 Kes


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama tenaga, jamin bekalan minyak jangka panjang

MALAYSIA dan Rusia meneroka kerjasama strategik baharu dalam sektor tenaga, termasuk usaha memperkukuh keterjaminan bekalan tenaga dan minyak jangka...

More Articles Like This