BSN kreditkan bayaran BPR 2021 fasa dua mulai hari ini

Dari Penulis

PEMBAYARAN Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 fasa dua secara pengreditan akaun dilakukan secara berperingkat bermula hari ini hingga 12 Mei 2021.

Pembayaran BPR secara tunai pula dilakukan pada 17 Mei 2021 secara semua di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil Jeremy berkata, bagi penerima pembayaran BPR 2021 fasa dua secara tunai, mereka dinasihatkan merancang waktu kunjungan ke cawangan BSN.

Katanya, semua penerima juga diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pembayaran BPR 2021 fasa dua melalui pengkreditan akaun akan dilakukan berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kepada BSN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Fasa 2 BPR disalurkan mulai 7 Mei – Tengku Zafrul

Menurut kenyataan itu, bagi pembayaran secara tunai pula, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja yang dibenarkan mewakilkan penerima bagi penunaian BPR 2021.

Penerima-penerima BPR dinasihatkan untuk membuat semakan terlebih dahulu melalui laman sesawang LHDNM atau menghubungi LHDNM Hotline BPR melalui talian 1-800-88-2747 sebelum hadir di mana-mana cawangan BSN.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This