39 lagi kematian, paling tua 88 tahun dan termuda 43 tahun

Dari Penulis

SEBANYAK 39 kes kematian akibat COVID-19 yang dicatatkan hari ini dengan pesakit termuda berusia 43 tahun manakala tertua berumur 88 tahun.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pesakit termuda itu dilaporkan di Hospital Miri melibatkan seorang lelaki warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit itu mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik.

Katanya, pesakit tertua pula seorang wanita 88 tahun yang meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan individu berkenaan juga mempunyai kormorbidit penyakit.

“Sebanyak 37 kes kematian melibatkan warganegara manakala dua dua lagi kematian dalam kalangan warga asing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumlah 39 kematian itu adalah yang tertinggi setakat ini dengan perkembangan tersebut menjadikan kumulatif kematian setakat ini sebanyak 1,761 kes.

Berdasar kenyataan itu, sebanyak enam kes kematian melibatkan pesakit berusia 50 hingga 59 tahun, 13 kematian (60-69 tahun) dan 19 kematian (70-89 tahun).

Daripada 39 kematian, hanya tiga kes tidak dinyatakan latar belakang kompikasi penyakit.

Sebanyak 14 kes kematian pula melibatkan pesakit di beberapa hospital di Lembah Klang antaranya Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Kajang.

Sebanyak 10 kes lagi di Johor, tiga kes di Sabah, masing-masing dua kes di Kedah, Sarawak, Kelantan, dan Pahang, serta masing-masing satu (1) kes di Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Sementara itu, sebanyak 20 lagi kluster dilaporkan hari ini dengan 12 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja.

Baca artikel berkaitan: Kes baharu kembali atas 4,000, kematian tertinggi hari ini

Negeri-negeri yang melaporkan kluster baharu ialah Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan, Sarawak, Johor, Sabah dan Perak.

Dalam pada itu kata Noor Hisham, sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 adalah sebanyak 62 kes.

Katanya, varian Indian B.1.617 pula sebanyak dua kes masing-masing satu kes sublineage B.1.617.1 dan B.1.617.2.

“Sebanyak 14 kes tempatan COVID-19 baharu yang dijangkiti varian South African B.1.351.

“Kes-kes ini telah dikesan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan,” ujarnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This