Polis siasat langgar SOP, Dr. Mahathir mohon maaf

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu pulang ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri, Sabtu lalu.

Menurut Dr. Mahathir, tindakannya yang tidak mengambil suhu badan apabila tiba di Surau Tsunami Batu Arang, Kuah itu jelas merupakan satu kesalahan.

Beliau malah bersedia menerima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

“Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan.

Baca artikel berkaitan: 236 ditahan ingkar SOP, satu lokaliti di Pahang PKPD

“COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahu pun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis daerah Langkawi dalam kenyataan hari ini memaklumkan akan menjalankan siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Ketua Polis Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan siasatan itu berhubung pelanggaran SOP Dr. Mahathir yang tidak mengimbas aplikasi MySejahtera dan memeriksa suhu ketika masuk ke surau tersebut.

“Siasatan dilakukan berdasarkan video berdurasi dua minit dan 29 saat yang tular di media sosial ketika ini.

“Ia susulan video dimuat naik di Facebook ‘Najib Razak’ yang memaparkan Dr. Mahathir tidak mengimbas MySejahtera dan suhu badan ketika hadir di satu majlis, semakan mendapati ia berlaku pada pagi 8 Mei lalu di Surau Raudhatul Jannah, Kuala Teriang,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MIPP tetapkan hala tuju lepas mesyuarat MT PN

PARTI Rakyat India Malaysia (MIPP) akan membuat sebarang keputusan berkaitan hala tuju politik parti itu selepas mesyuarat Majlis Tertinggi...

More Articles Like This