Nak lulus? Pensyarah pun dah pandai minta rasuah

Dari Penulis

SIAPA sangka, pensyarah pun boleh dibeli untuk membolehkan pelajar lulus dalam peperiksaan mereka.

Walaupun kes sedemikian jarang berlaku tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pensyarah lelaki semalam, kerana meminta dan menerima rasuah daripada pelajar.

Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun yang bertugas di sebuah akademi swasta, ditahan di pejabat SPRM negeri kira-kira 2 petang tadi.

BERITA BERKAITAN Pensyarah BONGKAR kejahatan makhluk ini. Rupanya orang Melayu ramai terpedaya

Menerusi hasil siasatan, lelaki tersebut didapati meminta dan menerima wang rasuah daripada lima orang pelajar akademi berkenaan tahun ini, masing-masing RM300, memetik laporan Bernama.com.

Wang tersebut diberikan sebagai ‘upah’ untuk pensyarah tersebut mengubah keputusan ujian subjek ‘Animation 2 – Rigging’ pelajar daripada gagal kepada lulus.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000.00 mana yang tinggi dan dipenjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terbabit.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

El Nino: Kerajaan perketat kawalan jerebu, pembenihan awan siap digerak

KERAJAAN memperketat langkah pencegahan jerebu dan kebakaran terbuka susulan jangkaan cuaca panas serta kering akibat fenomena El Nino. Kementerian Sumber...

More Articles Like This