Gelar Hamas militan, RTM diarah adakan siasatan menyeluruh

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEGANASAN rejim Zionis terhadap Palestin sememangnya memberi kesan kepada seluruh dunia khususnya rakyat Malaysia beragama Islam apatah lagi tindakan itu berlaku di dalam bulan Ramadan dan berlarutan sehingga hari ini.

Setiap laporan berita mengenai apa yang berlaku di Palestin sentiasa diikuti dengan penuh harapan bahawa semuanya terus dilindungi.

Dakwaan penggunaan istilah seperti radikal atau militan terhadap kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) tentunya boleh membangkitkan sentimen kurang senang.

Justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah memanggil Editor Meja Mandarin dan Ketua Editor Berita Mandarin Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bagi memberikan penjelasan dan laporan lengkap berhubung laporan berita berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin, semalam.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, pegawai terlibat juga telah dikenakan surat tunjuk sebab atas laporan tersebut.

Baca artikel berkaitan: Israel terus mengganas, 69 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan

Pada masa sama, kata Saifuddin, beliau turut mengarahkan siasatan menyeluruh dan tindakan lanjut diambil pihak pengurusan RTM mengenai isu berkenaan.

“Permohonan maaf secara terbuka dalam siaran berita untuk pembetulan juga telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada pukul 1 tengah hari dan Berita Mandarin pada pukul 7 malam hari yang sama.

“Seksyen Berita Hal Ehwal Semasa turut diminta mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) tugasan bilik berita khususnya dalam penyuntingan dan penerbitan berita televisyen untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai laporan berita di siaran TV berbahasa Mandarin yang menggunakan istilah militan sebagai merujuk kepada Hamas.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia.

“Aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda juga sentiasa teguh disokong di samping mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.

“RTM akan terus berusaha dalam menambahbaik kualiti penyampaian berita dari semasa ke semasa,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Warga emas pandu kereta lawan arus tersepit rempuh lori di Bentong

SEORANG warga emas berusia 74 tahun tersepit selepas kereta dipandunya yang dipercayai bergerak melawan arus bertembung dengan sebuah lori...

More Articles Like This