44 lagi kematian akibat COVID-19, korban tertinggi setakat ini

Dari Penulis

SEJAK beberapa hari lalu, kes kematian akibat COVID-19 lebih tinggi daripada kebiasaan dengan tertinggi direkodkan pada 12 Mei lalu melibatkan 39 kematian.

Namun jumlah kematian yang dilaporkan hari ini merupakan rekod apabila 44 kematian dikesan berkaitan wabak itu.

Perkara ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di media sosial beliau.

Menurut beliau, 43 kematian hari ini adalah rakyat Malaysia manakala satu lagi bukan warganegara.

“Kematian paling banyak dilaporkan di Selangor (26 kes), lima kes di Kelantan, empat kes di Sarawak, masing-masing tiga kes di Kedah dan Johor, dua kes di Kuala Lumpur serta satu kes di Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kematian termuda yang dilapor hari ini melibatkan pesakit lelaki berusia 48 tahun dengan latar belakang pelbagai penyakit manakala tertua pula berusia 92 tahun.

Jumlah kematian hari ini menjadikan kumulatif korban akibat virus itu mencecah 1,866 kes atau 0.40 peratus daripada keseluruhan kes.

Selain itu, menurut Noor Hisham, 482 pesakit COVID-19 kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 250 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Katanya, jumlah itu sebahagian daripada 42,135 kes aktif COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara ketika ini.

Hari ini juga menyaksikan 4,140 kes baharu dilaporkan dengan Selangor kekal tertinggi.

Baca artikel berkaitan: 4,140 kes baharu, Johor, P. Pinang meningkat, Kelantan turun

Sementara itu, kata Noor Hisham, sebanyak 15 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Lapan daripadanya adalah kluster tempat kerja, empat kluster keagamaan, dua kluster pendidikan dan satu lagi kluster berisiko tinggi.

Negeri-negeri yang melaporkan kluster baharu adalah Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Pahang.

Keseluruhannya sebanyak 466 kluster masih aktif di seluruh negara.

“Masyarakat diingatkan untuk terus mengamalkan SOP yang telah digariskan khususnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“KKM ingin mengingatkan individu yang bergejala dan dari kawasan berisiko tinggi, dinasihatkan membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan berhampiran,” kata Noor Hisham

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keperluan mempercepat peralihan tenaga di Malaysia

MALAYSIA perlu mempercepat peralihan tenaga kerana negara berdepan risiko krisis bekalan tenaga, ketidaktentuan harga bahan api global, tekanan subsidi...

More Articles Like This