KKM pertimbang cadang PKP penuh di Selangor

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENINGKATAN kes positif COVID-19 secara mendadak di Selangor sehingga mencecah empat angka sejak kebelakangan ini sememangnya mencetuskan kebimbangan ramai.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju bahawa prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat perlu dicadangkan kepada kerajaan bagi membendung penularan lebih tinggi berlaku di negeri berkenaan.

Sekiranya tidak berupaya lagi mengekang, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, KKM juga akan mencadangkan supaya kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya di Selangor.

Menurut Dr. Adham, pelaksanaan PKP seluruh negara ketika ini telah membenarkan KKM mengadakan lebih banyak ujian saringan dan pengasingan serta rawatan kepada kes positif di Selangor.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri Selangor juga telah bekerjasama melaksanakan ujian saringan RTK-Antigen di kawasan yang mempunyai kaitan epidemiologi tinggi.

Baca artikel berkaitan: PKPD 9 lokaliti di Kedah, satu di Pahang hingga 31 Mei

“Ia juga membenarkan kita melaksanakan pengesanan kontak lebih cepat dan membenarkan kita melakukan keseluruhan pencegahan serta kawalan di bawah kaedah kesihatan awam.

“Saya setuju bahawa kita perlu mencadangkan kepada kerajaan supaya SOP lebih ketat dilaksanakan.

“Sekiranya terdapat ketidakupayaan mengekang, maka cadangan kita untuk laksanakan PKP penuh boleh dipertimbangkan,” katanya dalam sidang akhbar mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) secara maya, hari ini.

Turut bersama Dr. Adham dalam sidang akhbar berkenaan adalah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Sementara itu, mengulas mengenai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Dr. Adham berkata, KKM boleh meningkatkan kapasiti PKRC di kawasan berkenaan sehingga 10,000 pesakit.

Setakat ini, kata Dr. Adham, PKRC MAEPS menempatkan hampir 4,000 pesakit kategori 1 dan 2 manakala 1,000 katil disediakan untuk kategori 3.

Beliau berkata, mobilisasi petugas barisan hadapan juga akan ditingkatkan kerana pengurusan PKRC MAEPS memerlukan ramai petugas.

“Pembukaan PKRC MAEPS adalah untuk mengurangkan tekanan di hospital awam dan swasta yang menempatkan kategori 3, 4 dan 5.

“Kita juga sedang meningkatkan kapasiti di Lembah Klang untuk menempatkan mereka di hospital pengajar seperti Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Sungai Buloh dan Puncak Alam serta Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This