Percayakan ‘pegawai Bank Negara’, wanita hilang RM1.3 juta dalam sekelip mata

0
35
scammer
WANITA berusia sering menjadi mangsa scammer. - Gambar hiasan

WALAUPUN sering diperingatkan mengenai penipuan panggilan melalui telefon tetapi seakan-akan ia tidak bermakna kerana masih ramai mangsa yang ‘terkena’ dengan golongan tersebut.

Terbaharu dan jumlahnya bukan sedikit, seorang wanita hanya mampu mengigit jari apabila mengetahui ‘pegawai Bank Negara’ yang menelefon dan meminta butiran akaun-akaun bank peribadinya adalah pegawai bank palsu.

Pesara sebuah syarikat swasta itu mengalami kerugian RM1.3 juta selepas ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai bank, awal bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata ia bermula apabila wanita berusia 60 tahun itu menerima panggilan yang mendakwa kononnya kad kredit miliknya telah digunakan untuk membuat pembelian bitcoin di laman web sosial.

BERITA BERKAITAN Buku skrip menipu mangsa antara dirampas dari sindiket scam

Beliau berkata wanita itu menafikan perkara berkenaan dan telah memberikan maklumat peribadinya kepada pemanggil yang mengaku sebagai wakil Bank Negara untuk membantunya membuat laporan polis.

“Wanita itu kemudiannya menerima salinan ‘laporan polis’ kira-kira pukul 9.02 pagi keesokkan harinya melalui WhatsApp dan diminta untuk memberikan semua maklumat akaun bank, kononnya bagi tujuan memperbaharui akaun.

“Pada 10 Mei lepas, wanita itu membuat semakan dengan Bank Negara dan dimaklumkan panggilan yang diterimanya adalah palsu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata semakan mendapati wanita itu telah mendedahkan maklumat mengenai tujuh akaun banknya kepada pemanggil.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram