Timbalan Pengerusi Tetap UMNO meninggal dunia

Dari Penulis

TIMBALAN Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Seri Rizuan Abd Hamid yang sebelum ini dilaporkan menerima rawatan akibat dijangkiti COVID-19 disahkan meninggal dunia jam 10.53 malam tadi.

Berita kematian Allahyarham yang juga Ketua UMNO Bahagian Kepong itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu hantaran di media sosial beliau.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan rapi di sebuah hospital universiti di ibu negara setelah positif COVID-19 sejak awal bulan ini.

“Bersama kita mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama para syuhada dan para solihin.

“Al Fatihah,” tulis Ahmad Zahid di Facebook beliau.

Baca artikel berkaitan: REKOD!! 59 lagi kematian, 587 di ICU, 33O perlu ventilator

Sementara itu, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Tan Sri Madinah Mohamad.

“Takziah kepada Tan Sri Madinah Mohamad dan keluarga Allahyarham. Semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.

“Saya juga meminta saudara-saudari agar bersama-sama mendoakan semua pesakit COVID-19 segera sembuh dan diberikan kesihatan baik,” ujar Najib di Facebook beliau.

Madinah yang juga bekas Ketua Audit Negara turut dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This