3 beranak termasuk wanita hamil maut dibedil jet pengganas Israel

Dari Penulis

SATU serangan udara pengganas Israel kelmarin ke atas sebuah rumah dihuni sebuah keluarga Palestin meragut nyawa seorang lelaki kurang upaya, isterinya sedang hamil dan anak perempuan mereka berusi 3 tahun.

Menurut ahli keluarga dan pihak berkuasa Palestin yang dipetik Al Jazeera, Eyad Salha dan isterinya, Amani masing-masing berusia 33 tahun dan anak mereka, Nagham sedang bersiap sedia menikmati hidangan tengah hari.

Bagaimanapun secara tiba-tiba sebutir peluru berpandu meletup dan memusnahkan rumah pangsapuri tiga bilik mereka di Deir el-Balah, tengah Genting Gaza.

Ruang tamu keluarga itu dibom dan kelihatan bangkai sebuah basikal merah kecil milik Nagham di sebalik sisa runtuhan bangunan. Di dalam peti ais yang diliputi debu, terdapat semangkuk tomato merah segar dipercayai untuk dimakan keluarga berkenaan.

Terlalu sedih, adik kepada Eyad, Omar Salha, 31, semasa ditemui di bilik mayat berkata, abangnya sudah 14 tahun tidak dapat berjalan dan bukannya seorang pejuang bersenjata.

“Apa yang abang saya telah buat? Dia hanya duduk di kerusi rodanya.

“Apa yang anak perempuannya pernah lakukan?Apa yang isterinya telah lakukan?,” soal lelaki itu yang bersama jirannya ketika serangan tersebut berlaku.

“Mereka sedang bersiap untuk makan tengah hari,” katanya.

Omar berkata, abangnya tidak bekerja dan berkongsi pangsapuri itu dengan ibu dan tiga lagi abangnya. 

Seperti kebanyakan keluarga lain, mereka bergantung hidup kepada bantuan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian.

Ibu Eyad bagaimanapun tidak berada di rumah semasa serangan itu berlaku kerana mencari perlindungan di rumah abangnya dua hari sebelum serangan tersebut.

“Dia akan berdoa keadaan kembali aman. Dia meninggal dunia semasa menunggu kelahiran anaknya,” kata wanita itu.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin kelmarin melaporkan kematian seorang lelaki kurang upaya, anak perempuannya dan seorang isterinya yang hamil.

Timbalan Menteri Kesihatan, Yousef Abu al-Rish berang dengan kejadian itu dengan menegaskan membunuh orang yang tidak bersalah di rumah mereka adalah satu jenayah,” katanya.

“Berapa banyak lagi kematian perlu direkodkan agar masyarakat dunia dapat sedar,” katanya.

Tentera Israel bagaimanapun tidak menyediakan butiran terperinci berikutan serangan itu


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This