Suka makan otak-otak? Apa kata buat sendiri dirumah. Gerenti puas hati berbanding beli diluar. Jom cuba resipi otak-otak ikan oleh Datuk Cef Ismail ini.
BAHAN
500gm isi ikan jenahak – dihiris nipis
3 biji telur
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil kiub ikan bilis
Daun pisang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
5 biji buah keras
3 batang serai
1 inci lengkuas
10 biji bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
10 tangkai cili merah
15 tangkai cili kering
1 cawan santan pekat
CARA
- Pecahkan telur dan gaul sebati dengan bahan kisar. Sekiranya kurang pekat, boleh dicampurkan sedikit tepung gandum dan kacau rata.
- Masukkan hirisan ikan ke dalam adunan dan gaul rata. Sudukan adunan ke atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Gulung atau bungkus dengan kemas mengikut cita rasa lipatan sendiri.
- Susun bungkusan otak-otak di dalam pengukus dan kukus selama 15-20minit atau sehingga otak-tak masak secukupnya.
*Selain jenahak, boleh guna ikan lain mengikut cita rasa.


