Tak boleh kahwin di darat, pasangan tempah pesawat buat majlis di udara

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

DISEBABKAN sekatan yang dikenakan bagi melangsungkan perkahwinan, ia langsung tidak menghalang sepasang mempelai untuk panjang akal mengadakan majlis perkahwinan di udara meskipun kadar kematian akibat COVID-19 di India mencecah 300,000 kes, lapor beberapa media tempatan.

Pasangan dari Madurai, India telah dilaporkan mengambil keputusan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka di udara dengan menyewa sebuah pesawat Boeing 737 milik syarikat penerbangan SpiceJet dengan membawa bersama lebih 160 orang tetamu.

Malangnya, majlis perkahwinan itu tular apabila video memaparkan pasangan mempelai dinikahkan dengan tetamu sesak di dalam pesawat menjadi bualan di media sosial.

Tidak cukup dengan itu, video pendek yang dikongsi oleh pengguna Twitter, @DonthuRamesh turut memaparkan ramai tetamu kelihatan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Pasangan yang dikenali sebagai Rakesh dan Dakshina, telah memeterai perkahwinan mereka pada saat pesawat tersebut melewati Kuil Meenakshi, dan tindakan mereka telah mendapat reaksi negatif daripada warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan pasangan tersebut melanggar norma baharu COVID-19.

Baca artikel berkaitan: Remaja maut tertembak diri sendiri ketika rakam aksi TikTok

Tamil Nadu sebelum ini telah mengumumkan beberapa sekatan yang lebih ketat rentetan daripada kes jangkitan yang tidak reda, dengan mengehadkan majlis perkahwinan boleh dihadiri seramai 50 orang tetamu sahaja.

Kes tersebut kini dalam siasatan pihak berkuasa dan menurut laporan Time of India seorang kakitangan Spicejet dalam penerbangan itu telah direhatkan daripada tugas.

Sementara itu Jurucakap Spicejet memberitahu Indian Express, pesawat Boeing 737 itu telah disewa dari Madurai ke Bangalore oleh agensi pelancongan selepas majlis tersebut.

Katanya, pelanggan telah diberi penerangan yang jelas tentang garis panduan Covid-19 yang perlu dipatuhi dan menafikan memberi kebenaran bahawa apa sahaja aktiviti boleh dilakukan ketika penerbangan.

Menurut angka rasmi, India yang kini sedang dilanda gelombang kedua Covid-19 yang dahsyat telah mengorbankan sekurang-kurangnya 300,000 nyawa dan pakar menganggarkan bahawa jumlah kematian yang sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Hospital-hospital dan juga pusat kremasi di negara ini dilaporkan sesak sejak beberapa minggu kebelakangan ini sehingga menyebabkan pusat-pusat perubatan di negara tersebut kekurangan tanki bekalan oksigen kepada mangsa jangkitan virus COVID-19.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This