Guna kalimah ‘Allah’ dalam lirik, Jay Park mohon maaf

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PENYANYI rap Korea Selatan, Jay Park tampil memohon maaf atas tindakannya menggunakan kalimah Allah di dalam lagunya yang bertajuk ‘Mukkbang (Remix)’ setelah dikecam teruk sehingga menjadi trending di Twitter sejak semalam.

Melalui ciapan yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya, penyanyi berusia 34 tahun itu menyatakan bahawa dirinya tidak tahu bahawa barisan lirik iuu boleh timbulkan masalah dalam kalangan masyarakat Islam.

“Selepas saya membaca komen yang cuba untuk mendidik saya, saya menyedari saya telah menggunakan perkataan yang sangat bermakna bagi orang Muslim dalam lirik rap saya,” tulisnya.

Dia juga menjelaskan tiada niat untuk menyinggung perasaan dan tidak menghormati mana-mana pihak dan memohon maaf kepada semua peminat yang beragama Islam.

“Saya akan lebih berhati-hati. saya hormat dan sayang kepada orang daripada pelbagai agama yang cintakan keamanan,” tambahnya.

Bagaimanapun, dia mempertahankan bahawa terdapat naratif palsu yang disebarkan di dalam ciapan yang mendedahkan lirik tersebut untuk merosakkan imejnya.

“Kalian agak berlebihan bila mengatakan bahawa saya mempergunakan agama tersebut dan mengatakan saya seorang yang rasis. Hentikan naratif palsu tersebut,” tambahnya lagi.

Ciapan permohonan maaf Jay Park yang pertama telah dipadam setelah pengguna-pengguna Twitter menuduhnya bersifat pasif agresif dalam permohonan maaf tersebut tersebut.

Permohonan maaf kedua dikeluarkan beberapa jam selepas itu lagu Mukkbang Remix yang diterbitkan pada Disember tahun lalu, telah menerima kecaman sejak semalam di laman Twitter apabila pengguna-pengguna mendedahkan bahagian lirik rap Jay Park yang berbunyi “Worship mе like Allah / Get it done like wallah”.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Iklan promosi ‘kegemaran M.Nasir’ tanpa kebenaran, Grab kena saman RM5 juta

SIAPA yang tidak kenal dengan susuk tubuh maestro muzik legenda tanah air, Datuk M. Nasir? Sentiasa tampil tenang dan...

More Articles Like This