Penerima dua dos vaksin COVID-19 kini lepasi angka 1 juta

Dari Penulis

SEBANYAK 2.78 juta dos vaksin sudah diberikan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan, jumlah itu membabitkan seramai 1.77 juta penerima dos pertama dan 1.014 juta penerima yang sudah melengkap dua dos vaksin terbabit.

Katanya, sebanyak 73,776 dos diberikan semalam, 28 Mei.

Berdasarkan infografik di Twitter Dr Adham, Kuala Lumpur adalah negeri tertinggi yang menerima suntikan dos pertama iaitu 292,563 dan seramai 94,397 bagi dos kedua.

Ini diikuti Selangor (244,631 dos pertama dan 138,063 dos kedua) serta Sarawak (179,903 dos pertama dan 96,450 dos kedua).

Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 setakat 28 Mei 2021.

Sementara itu, jumlah pendaftaran untuk PICK pula adalah seramai 11.78 juta bersamaan 48.6 peratus dengan Selangor kekal merekodkan angka tertinggi sebanyak 3.159 juta.

Johor kedua tertinggi dengan 1.44 juta mendaftar diikuti Sarawak dengan 1.206 juta pendaftaran.

Program imunisasi kebangsaan bermula pada 24 Februari lalu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima vaksin COVID-19.

Baca artikel berkaitan: Sarawak selesai program vaksin COVID-19 akhir Ogos – KJ

Fasa pertama program vaksinisasi meibatkan pemberian vaksin kepada 500,000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April lalu.

Fasa kedua imunisasi pula bermula April hingga Ogos untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.

Fasa ketiga pula akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berusia 18 tahun ke atas sama ada rakyat tempatan atau warga asing.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This