Sotong celup tepung, nampak mudah namun untuk membuatnya tidak semudah yang disangka. Ramai yang gagal apabila tepung yang disalut tertanggal sewaktu proses menggoreng.
Namun jangan risau, tip yang dikongsikan Maya Miera ini diharap membantu anda menyediakan sotong celup tepung yang sempurna. Tepung bersalut elok, sotong lembut dan crunchy di dalam.
Cara :
1. Gaul sotong dengan tepung bestari, serbuk cili sikit, onion powder dan sedikit air.
2. Ambil sotong yang sudah digaul tadi, golek-golekkan di atas tepung kering ( campuran tepung beras + tepung bestari )
3. Selepas siap, gaulkan dengan telur yang sudah dipukul dan gaul semula dengan tepung kering.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng apabila minyak betul-betul panas dengan api yang kuat sehingga garing dan kekuningan.
5. Apabila sudah garing keperangan, angkat dan toskan. Sotong kekal lembut dan tepung crunchy. Selamat mencuba.



Sumber : Maya Miera

