Orang Lain gabungan tiga negara

Dari Penulis

SEORANG ahli falsafah pernah berkata, satu-satunya perkara yang tetap dalam hidup ini adalah perubahan. Ternyata, A. Nayaka sedar akan perihal ini. Seiring dengan masa berlalu, lebih banyak pengalaman hidup yang diperolehi, dia mengakui bahawa dia bukan lagi orang yang sama. Dia berkongsi naratif ini melalui single barunya berjudul Orang Lain menjelang pertengahan tahun ini.

“Kadang-kadang, orang menganggap perubahan seseorang telah berubah atau ketika seseorang itu telah melangkah ke fasa seterusnya dalam kehidupan mereka adalah sesuatu yang buruk.

“Dalam trek ini, apa yang saya ingin ceritakan adalah mengenai sisi positif perubahan. Berubah menjadi orang lain maksudnya berkembang menjadi diri anda yang baru dan mencari versi diri yang lebih baik…itu adalah perkara yang bagus,” katanya mengenai makna di sebalik lagunya yang catchy.

Nayaka atau nama penuhnya Ariel Nayaka tidak sendirian dalam menyampaikan mesej mengenai perubahan ini. Dia turut berkolaborasi dengan dua bakat hip-hop dari negara ini , iaitu SonaOne dan YHB Sleepsalot dari Singapura.

“Pada mulanya Sona menghantar rentak kepada saya, yang kemudian saya isi dengan cangkuk (hook) dan satu bait kata (verse). Rupanya, Sona juga mengirimkan kepada YHB rentak yang sama, dan YHB juga mengisinya dengan satu bait kata.

“Sona kemudian terfikir untuk menggabungkan kesemuanya. Sesungguhnya kolaborasi ini sangat organik dan lancar sekali,” ujar Nayaka menjelaskan permulaan proses kolaborasi tiga negara itu.

Walaupun sudah terbiasa berkarya dalam bahasa Inggeris, namun kali ini Nayaka lebih banyak memberi penekanan pada bahasa ibundanya iaitu bahasa Indonesia.

“Sebenarnya, penggunaan Bahasa Indonesia bukanlah pilihan yang disengajakan. Ia berkait rapat dengan mesej dalam Orang Lain. Dulu kebanyakan muzik yang saya buat biasanya dalam bahasa Inggeris, tetapi kali ini saya masih tetap menggunakan rentak trap/hip-hop namun berusaha memasukkan lebih banyak bahasa Indonesia.

“Intipatinya, tidak kira bagaimanapun kita berubah, pada dasarnya kita masih tetap diri kita sendiri. Itulah mesej utama yang ingin saya sampaikan. Namun sejujurnya, saya hanya menyatukan mesej tersebut setelah lagu itu siap,” ujarnya.

Perubahan positif lain yang dialami Nayaka,27, adalah dia lebih bebas dalam berkarya. Dia berkata, “Saya menggarap sebahagian besar aspek lagu ini. Mixing dibuat oleh Sona, manakala mastering dibuat oleh saya dengan bantuan rakan sekerja.

” Saya membuat ‘cover art’ dengan seorang rakan lain, begitu juga dengan video liriknya. Sebenarnya saya gembira kerana tidak banyak pihak ketiga yang terlibat dalam projek ini, kerana ia memberi peluang kepada saya untuk benar-benar terlibat dalam semua aspek. Mungkin ini adalah projek pertama di mana saya terlibat dalam hampir semua perkara,” tuturnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This