PKP3.0: SOP sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi

Dari Penulis

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menyenaraikan prosedur operasi standard (SOP) bagi sepuluh perkhidmatan sektor perdagangan pengedaran yang dibenarkan beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh atau ‘total lockdown’ yang bermula esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata, KPDNHEP sebagai kementerian yang mengawal selia sektor perdagangan pengedaran termasuk peruncitan, pemborongan dan pengedaran telah mengemaskini SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP yang sedia ada seperti berikut:

Aktiviti Kapasiti Pekerja Prosedur Operasi Standard (SOP)

  • Premis pasaraya/ pasaraya besar, departmental store (terhad kepada makanan dan minuman/ keperluan asas), kedai farmasi/ penjagaan diri dan kedai serbaneka/ mini mart dan restoran di kompleks membeli belah.
  • Kapasiti pekerja 100%
  • SOP: Mewajibkan had jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu (1) orang bagi setiap empat (4) meter per persegi;

i. Pasaraya/ pasaraya besar
terhad kepada seksyen makanan dan minuman/ keperluan asas.
ii. Departmental store terhad kepada seksyen makanan dan minuman/ keperluan asas.
iii. Kedai farmasi/ penjagaan diri
iv. Kedai serbaneka/ mini market
v. Kedai Runcit

  • Kapasiti pekerja 100%
  • SOP: Mewajibkan had jumlah pelanggan dalam satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan satu (1) orang bagi setiap empat (4) meter per persegi;
  • Bagaimanapun, pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.
  • Restoran
  • Kapasiti pekerja 60%
  • SOP: Dine-in tidak dibenarkan.
  • Dobi (termasuk layan diri)
  • Kapasiti pekerja 60%
  • SOP: Memberi tugasan kepada sekurang-kurangnya seorang pekerja untuk
    memastikan kawalan keluar masuk pelanggan bagi dobi layan diri

    KEDAI RUNCIT LAIN-LAIN
  • Stesen minyak
  • Kapasiti pekerja 60%
  • SOP: Kedai serbaneka di stesen minyak beroperasi antara 8.00 pagi – 8.00 malam.
  • Kedai penjagaan haiwan/ makanan haiwan
  • Kapasiti pekerja 60%
  • SOP: Hanya aktiviti jual beli produk penjagaan dan makanan haiwan sahaja dibenarkan
  • Kedai cermin mata dan barang optik
  • Kapasiti pekerja 60%
  • SOP: Hanya aktiviti jual beli dan pembaikan cermin mata sahaja dibenarkan
  • Kedai hardware
  • Kapasiti pekerja 60%
  • SOP: Hanya aktiviti jual beli produk hardware sahaja dibenarkan. Pemasangan dan pembaikan di rumah tidak dibenarkan
  • Bengkel kenderaan, penyelenggaraan dan alat ganti
  • Kapasiti pekerja 60%
  • SOP: Perkhidmatan cuci kenderaan tidak dibenarkan
  • E-dagang bagi semua kategori produk
  • Kapasiti pekerja 100%
  • SOP: Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.
  • Pemborongan dan Pengedaran bagi kategori produk perkhidmatan perlu sahaja.
  • Kapasiti pekerja 100%
  • SOP: Pusat Pengedaran (Distribution Centre) tertakluk kepada waktu operasi biasa.

    BERITA BERKAITAN 17 perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi mulai 1 Jun

SEMUA aktiviti perkhidmatan perlu sektor perdagangan pengedaran yang disenaraikan di atas dibenarkan beroperasi dari jam 8.00 pagi ke 8.00 malam, kecuali bagi stesen minyak dari jam 6.00 pagi ke 8.00 malam dan stesyen minyak di lebuh raya bertol yang dibenarkan beroperasi 24 jam.

Sepanjang tempoh perlaksanaan PKP ini, surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelum ini adalah terbatal bermula 1 Jun 2021.

Semua perkhidmatan perlu dibawah sektor perdagangan pengedaran tersebut perlu mendapatkan surat kebenaran operasi daripada KPDNHEP.

Permohonan surat kebenaran operasi boleh dibuat melalui laman web https://www.kpdnhep.gov.my bermula pada 31 Mei 2021 (Isnin).

SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP yang dikemaskini dan Soalan Lazim (FAQ) Sektor Perdagangan Pengedaran juga boleh didapati di laman web https://www.kpdnhep.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03-88826322/6587 atau melalui emel kepada [email protected]

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki berpakaian seperti askar, bawa senjata di Kepong

PIHAK polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata dipercayai tiruan...

More Articles Like This