Proses vaksinasi dipercepat, banyak bekalan akan tiba – KJ

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MEMASUKI bulan Jun, Malaysia sekali lagi terpaksa berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh bagi melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19 yang semakin ‘menggila’.

Walaupun keputusan pelaksanaan PKP ini adalah sukar, namun ia penting sekurang-kurangnya dapat meredakan peningkatan kes wabak apatah lagi dengan sistem kesihatan negara semakin terhimpit.

Cara terbaik bagi memastikan nyawa dan kehidupan penduduk serta ekonomi negara tetap kukuh adalah dengan menyegerakan proses pemberian vaksin.

Sehubungan itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memberi jaminan proses vaksinasi akan dipercepat sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu 80 peratus penduduk menerima vaksin lebih awal berbanding pelan asal iaitu penghujung tahun ini.

Bagi memastikan perkara itu berlaku, Khairy memaklumkan, pihaknya juga telah membuat rundingan semula bagi menyegerakan jadual penghantaran vaksin.

Kata beliau, sebanyak 12 juta dos bagi keseluruhan tempahan vaksin Sinovac akan sampai menjelang penghujung Julai manakala 25 juta dos Pfizer pada suku ketiga tahun ini.

Baca artikel berkaitan: Suntikan vaksin rumah ke rumah atasi ketidakhadiran

Pada masa sama, beliau memberitahu, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang membuat penilaian terhadap vaksin satu dos CanSino.

“Kita telah meningkatkan kapasiti jumlah pemberian dengan ketika ini 100,000 dos sehari telah diberi. Kami mahu meningkatkan kepada dua kali ganda menjelang bulan Julai.

“Saya memahami kegusaran orang ramai yang menanti giliran untuk menerima vaksin. Peningkatan jumlah kes membuatkan keadaan semakin mendesak.

“Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan terus menyegerakan kadar pemberian vaksin bagi memastikan kita dapat melindungi seberapa ramai individu secepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video yang dimuat naik Twitter Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV).

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pelbagai usaha sedang dijalankan bagi memastikan proses pemberian vaksin dilaksanakan pada kadar lebih pantas.

Katanya, ia termasuk menambah pusat pemberian vaksin (PPV) mega yang boleh mencecah antara 5,000 sehingga 10,000 dos vaksin sehari.

Selain itu, kata beliau, bilangan klinik perubatan am (GP) swasta yang dijadikan PPV juga akan ditambah kepada 1,000 klinik menjelang akhir Jun di samping hospital swasta.

“Pasukan jangkauan bergerak juga telah diwujudkan di peringkat negeri yang menjalankan proses vaksinasi ke rumah orang tua dan orang kurang upaya (OKU); kampung; golongan gelandangan; orang asli dan kawasan pedalaman bagi memastikan tiada siapa yang tidak menerima vaksin.

“Saya juga akan melawat setiap negeri untuk bekerjasama bagi mempercepatkan proses vaksinasi selain memulakan program vaksinasi kepada sektor ekonomi dan industri yang masih dibuka semasa tempoh PKP.

“Perkara ini penting kerana kita tahu virus ini tersebar dengan pantas. Orang ramai yang bekerja perlu divaksinasi bagi melindungi mereka dan orang lain,” jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This